Memaparkan catatan dengan label DAGING. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DAGING. Papar semua catatan

TOMYAM DAGING....




SALAM....DAN SELAMAT PG SEMUA...


Hai dah sarapan ke....liza lom sarapan lg ie...tgh pk2 nak sarapan apa la pg nie...
Hai cepat betul masa berlalu sedar tak sedar 2 minggu lagi kita akan melangkah ke bulan feb...macam tak caya jer kan...



Tomyam daging ni liza masak tghari semalam...bby suka sangat makn daging tak kisah la masak apa..asalkan daging...katanya.....ha senang macam tu..
Lagi pun tomyam ni senang.... 2 dalam 1,segalanya ada dalam satu periuk....ni masakkan orang malas kata hb liza...eemm apa2 la tak kisah..asalkan bahgia...hehe.....sebab semuanya main campak2 jer...




TOMYAM DAGING....

BAHAN BAHAN...
500 gram daging batang pinang...di potong ikut suka
2 peket perencah tomyam adabi
3 batang serai di titik
2 biji bawang besar di potong bulat2*
2 biji tomato di belah 4*
1 lobak merah di potong ikut suka*
1/2 inci lengkuas di hiris nipis2
3 ulas bawang putih di ketuk jer
Daun limau purut secukupnya di koyak2*
Daun ketumbar secukupnya itu pun jika suka..
Garam,gula dan serbuk perasa
Perahan limau kasturi secukupnya...


CARANYA....
Masukkan air,serai dan perencah tomyam didalam satu periuk biarkan mendidih sekejap baru masukan daging..biarkan daging empuk..baru masukkan bahan2 yg bertanda *bila rasa dah ok baru masukkan tomato dan daun ketumbar...dan bole dihidangkan.....






























  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DAGING MASAK LADA HITAM...


SALAM WAT SEMUA....

Baru lepas antr bby g tusyen kat setiawangsa......sampai jer umah dah tak ada apa nak buat...pusing sana pusing sini...rasa boring lak...maklumlah liza duk quaters tingkat 3 lak tu...mana nak nmpak orang kiri kanan.....tapi dah biasa dah ....hihi

Daging lada hitam ni liza masak tghari td....sedap jugak perencah lada hitam maggi ni...memang dah sedap...liza  cuma tambah sikit2  jer...bg lg sedap..lg..haha...


Punya la sedap sampai mak mertua lalu pun tak perasan la...hihi...makan sampai menjilat jari!!!!!
Wah dah perasan la pulak!!! nasib ler...eemmm

DAGING MASAK LADA HITAM...

BAHAN BAHAN...
500 gram daging ~rebus sampai empuk dan di hiris nipis
1 peket perencah lada hitam maggi
1/2 cawan sos cili
5 sudu besar cili kisar
Kicap secukupnya..untuk hitamkan lg masakkan ni
Sedikit minyak untuk menumis
Garam,gula dan serbuk perasa

BAHAN B
1 biji bawang besar di hiris halus
1 inci halia di hiris halus

BAHAN C
Cili ijau dan cili merah di hiris serong



~Tumis bahan b sampai wangi..masukan daging dan perencah lada itam maggi...dan air rebusan daging tadi..biarkan dalam 2@3 minit baru masukkan bahan2 lain...bila rasa dah ok taburkan bahan c tadi...dan bole la di hidangkan....(masak sampai kuah agak pekat sedikit)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DAGING GORENG KUNYIT...



ASSALAMMUALAIKUM....

Liza seminggu dua ni sibuk sikit ^_^,maklumlah  kawan liza tu nak terima menantu.. so banyak persiapan nak kena buat....biasala org nak terima menantu  sulung....tu yg sibuk sikit tu...biasalah bila ada kekawan yg nak wat kenduri..liza pun  tolonglah apa yg patut...nak kata pandai tak la jugak..tapi bolela sikit2....haha..

Seronok jugakan tengok orang nak terima menantu.ni happy jer walaupun penat...kalau liza lah rasanya .lambat lagi kot...maklum lah anak masih belajar lagi..eemm.cara tak langsung banyak yg liza dapat belajar..bab kenduri ni...

Hari ni liza cuma sempat masak daging goreng kunyit jer wat mat ,yong ngan baby..tak apa kan..anak2 pun faham sangat,beruntung dapat anak yg tak banyak kerenah ni...tapi tak bolehla nak masak macam nie selalu kan..haha..




BAHAN-BAHAN
500 gram daging batang pinang..di potong nipis2
2 biji bawang besar dipotong bulat2*
2 inci halia dihiris halus*
2 biji cili merah di hiris halus*
1 batang lobak merah dipotong bulat2 -jika suka
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos tiram
Sedikit garam.serbuk kunyit dan sedikit gula- jika suka
Air secukupnya

BAHAN HIASAN
Sedikit daun bawang dipotong ikut suka

CARANYA...

Rebus daging dengan air yg secukupnya hingga daging betul2 empuk,bila dah empuk masukkan garam,gula ,sos tiram dan minyak masak..biarkan sekejap..baru di masukkan bahan *..bila rasa dah ok baru di taburkan dengan daun bawang tadi...dan bolelah dihidangkan....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KURMA DAGING RESEPI MAK....


ASSALAMMUALAIKUM....DAN SALAM SATU MALAYSIA...


Hai tak lama kita akan menyambut hari raya aidil adha....dah ada ke menu untuk di hidangkan pada tetamu yg akan datng berkunjung....liza pun sebenarnya tengah fikir,  nk masak apa untuk raya aji ni......walaupun raya aidil adha ni tak semeriah raya aidil fitri

Hari ni tak bole nak bercerita panjang...sebabnya nak kna tolong kawan liza wat bunga telur....anak dia nk kahwin.....,seronok pulak bila dengar orang nak menyambut menantu ni....tapi sekarang belanja kenduri kahwin..bukan main tinggi lagi....berpeluh dahi bila dengar belanja berbelas belas ribu ringgit ni....fuuhh!!!nasib baik la anak liza masih belajar lg...lambat lg nak terima menantu....hihi






Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai perbagai rahsia dan kelebihan yang tesirat.Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik.Kemudian dari pebagai ciptaanNYA itu disertakan khasiat yang tersendiri.Dengan taufik dan hidayahNYA ,manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.....
Gambar ni kami ambik masa balik dari PD melalui tol mambau...cantikkan...
Meh kita intai resepi KURMA DAGING  ni ye

BAHAN-BAHAN...
500 gram daging dipotong selebar 4 jari
3 inci halia dihiris halus*
4 biji bawang merah di hiris halus*
4 ulas bawang putih di hiris halus*
2 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1 mangkuk santan jgan terlalu pekat jgan terlalu cair
3 sudu besar kacang tanah yg ditumbuk halus-goreng tanpa minyak .
2@3 sudu besar air limau kasturi
2 biji ubi kentang dipotong 2
sedikit minyak,garam dan serbuk perasa

BANCUHAN REMPAH
1 bungkus rempah kurma  paket kecil- liza guna cap adabi
2 inci halia *
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
Tumbuk bahan * campurkan dengan rempah kurma dan sedikit air gaul sebati

HIASAN
2 biji bawang besar di potong 4
2 biji tomato di potong 4
2 biji cili merah di potong 2
Bahan di atas di potong jangan sampai putus

CARA SAYA
Tumis bahan * hingga wangi masukkan bancuhan rempah tadi biarkan sekejap..masukkan daging dan ubi kentang masak sampai kedua2 bahan ni empuk...
Bila dah empuk masukkan santan dan bahan2 lain,bila rasa da ok..baru masukkan tomato,cili dan bawang besar...pastu bolela di hidangkan.

SELAMAT MENCUBA..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...