KURMA DAGING RESEPI MAK....


ASSALAMMUALAIKUM....DAN SALAM SATU MALAYSIA...


Hai tak lama kita akan menyambut hari raya aidil adha....dah ada ke menu untuk di hidangkan pada tetamu yg akan datng berkunjung....liza pun sebenarnya tengah fikir,  nk masak apa untuk raya aji ni......walaupun raya aidil adha ni tak semeriah raya aidil fitri

Hari ni tak bole nak bercerita panjang...sebabnya nak kna tolong kawan liza wat bunga telur....anak dia nk kahwin.....,seronok pulak bila dengar orang nak menyambut menantu ni....tapi sekarang belanja kenduri kahwin..bukan main tinggi lagi....berpeluh dahi bila dengar belanja berbelas belas ribu ringgit ni....fuuhh!!!nasib baik la anak liza masih belajar lg...lambat lg nak terima menantu....hihi






Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai perbagai rahsia dan kelebihan yang tesirat.Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik.Kemudian dari pebagai ciptaanNYA itu disertakan khasiat yang tersendiri.Dengan taufik dan hidayahNYA ,manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.....
Gambar ni kami ambik masa balik dari PD melalui tol mambau...cantikkan...
Meh kita intai resepi KURMA DAGING  ni ye

BAHAN-BAHAN...
500 gram daging dipotong selebar 4 jari
3 inci halia dihiris halus*
4 biji bawang merah di hiris halus*
4 ulas bawang putih di hiris halus*
2 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1 mangkuk santan jgan terlalu pekat jgan terlalu cair
3 sudu besar kacang tanah yg ditumbuk halus-goreng tanpa minyak .
2@3 sudu besar air limau kasturi
2 biji ubi kentang dipotong 2
sedikit minyak,garam dan serbuk perasa

BANCUHAN REMPAH
1 bungkus rempah kurma  paket kecil- liza guna cap adabi
2 inci halia *
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
Tumbuk bahan * campurkan dengan rempah kurma dan sedikit air gaul sebati

HIASAN
2 biji bawang besar di potong 4
2 biji tomato di potong 4
2 biji cili merah di potong 2
Bahan di atas di potong jangan sampai putus

CARA SAYA
Tumis bahan * hingga wangi masukkan bancuhan rempah tadi biarkan sekejap..masukkan daging dan ubi kentang masak sampai kedua2 bahan ni empuk...
Bila dah empuk masukkan santan dan bahan2 lain,bila rasa da ok..baru masukkan tomato,cili dan bawang besar...pastu bolela di hidangkan.

SELAMAT MENCUBA..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...