Memaparkan catatan dengan label TELUR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TELUR. Papar semua catatan

BEBERAPA TIPS MENGENAI TELUR


ASSALAMMUALAIKUM..

Hari ni liza nak kongsi beberapa tips mengenai telur....=))

Telur ayam adalah sumber protein berkualiti dan mempunyai hampir semua vitamin dan garam galian yg diperlukan oleh badan manusia...ia merupakan sumber protein yg murah dan senang diperolehi...

Petua memilih telur yg baik dan berkualiti tinggi
1-Telur yg segar mempunyai kulit  yg berkilat dan tidak kusam
2-Jika di rendam di dalam air ia akan tenggelam...
3-Telur perlu datang dengan bekas yg bersihdan tahan lama...
4-Perlu di bersihkan telur dari sebarang kotoran..
5-Seelok2nya simpan telur di dalam peti sejuk supaya ia tahan lama
6-Pastika telur tidak bercampur dengan bahan2 lain yg berbau kerana bau akan meresap melalui kulit telur
7-Cara yg betul menyimpan telur bahagian hujung tajamnya ke bawah
8-Semasa merebus telur campurkan sedikit garam dan sedikit cuka supaya senang nak mengupas kulit telor..tu nanti
9-Telur bole juga di kukus bg memgelakkan ia pecah sewaktu merebus dalam qualiti yg banyak
10- Telur yg telah direbus apabila di putarkan ia akan berpusing dengan elok dan tetap
11-Telur mentah akan berpusing dengan tidak sekata
12-Sebiji telur mempunyai 75 kalori dan 5 gram lemak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SAMBAL TELOR ADA SENTIMENTAL VALUE.....


SALAM MESRA WAT SEMUA..

Bila masak sambal telor ni liza akan teringat pada orang yang amat kami sayangi....tapi dia dah lama pergi,akibat kemalangan jalan raya pada 25/6/2005...dah 6 taun kejadian tu berlaku.....memang sedih bila kita kehilangan orang yg kita sayangi ....terasa sampai sekarang kesannya.....yang teramat sangat....tapi ALLAH lebih menyayanginya....semoga rohnya berada di kalangan orang-orang beriman...amin!
Gambarnya nati liza masukkan....ye.

Dulu arwah mak selalu masak sambal telor ni sebab kami adik beradik memang suka....betul orang kata air tangan ibu memang sedap...biar pun cuma masak yg ringkas2 jer....teringatlak kt arwah mak!!!!

Jom kita tengok resepinya..mana tau kejap lagi bole masak....hihi...



BAHAN-BAHAN....
7  biji telor-pesan mak  basuh dulu sebelum guna...
20 tangkai cili kering-rebus supaya ilangkan bau cili...*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
Sedikit belacan-jika suka...tpi liza tak bubuh pun*
3 sudu besar cili sos@sos tomato
Sedikit minyak,garam,gula,sedikit air dan serbuk perasa

CARA SAYA..
Bahan* kisar terlebih dahulu...tumis bahan * hingga wangi..masukkan semua bahan2 lain kecuali telor..masukkan sedikit air supaya cili tu tak cepat hangus...bila rasa dah ok baru masukkan telor...(telor tu pecah dalam mangkuk lain baru masukan dalam kuali)biarka sekejap tutup api..pastu bolela di hidangkan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...